72005

"Bukan Saya Minta Wajah Sebegini" – Luah Syazwan Zulkifli - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tidak dapat dinafikan lakonan yang ditunjukkan oleh pelakon kacak, Syazwan Zulkifli sememangnya sangat ‘sampai’ ke hati penonton. Bagi sahaja apa watak, pasti beliau akan membawanya dengan baik!

syazwan-zulkifli-kesal-dituduh-bercinta-dengan-nabila-huda-mabuk-ketika-memandu-rotikaya

Baru-baru ini Syazwan meluahkan rasa pelik apabila masih ada netizen yang melabelkan beliau sebagai panas baran walhal beliau menafikan sikap itu ada dalam dirinya.

Bukan itu sahaja, Syazwan juga menjelaskan bahawa disebabkan itu ia telah membuatnya berasa tidak selesa untuk berhadapan dikhalayak ramai. 

“Kalau nak tahu, saya memang susah nak marah, melainkan jika sudah banyak kali saya dikenakan.

“Rasanya, sudah empat tahun orang menganggap saya bersikap begitu, lebih-lebih lagi selepas drama Juvana musim pertama dulu.

“Mungkin wajah saya yang garang membuatkan orang beranggapan sebegitu, tetapi bukan saya minta untuk berwajah begini.”

Tidak berhenti setakat itu, Syazwan memohon maaf jika ada sesetengah pihak yang tidak senang dengan sikapnya dan beliau berharap agar netizen dapat berfikiran terbuka tentang dirinya.

7n_syazwanzulkiflyrancangterbit00

Apabila ditanya soal adakah beliau akan memilih watak untuk masa akan datang, ini jawapan yang keluar dari mulut pelakon ini.

“Setakat ini saya belum memilih tawaran, melainkan jadual penggambaran dibuat pada tarikh sama. Bagi saya, apa yang datang itu rezeki buat saya.

“Meskipun skrip dan jalan cerita kurang menarik, menjadi tugas saya sebagai pelakon untuk mencantikkan karya yang dilakonkan itu.”

Tidak dinafikan ada segelintir daripada netizen lebih suka menghukum sebelum mengenali seseorang itu terlebih dahulu. Semoga Syazwan akan terus bangkit dan jangan berasa down apabila dilabelkan sebegitu. 

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!