72242

Buku Fattah Amin Terima Anugerah Buku Negara 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

fattah4

Wow! Tahniah kami ucapkan kepada Fattah Amin kerana baru saja mendapat pengiktirafan di Anugerah Buku Negara 2017.

fattah3
Fattah telah membawa pulang anugerah bagi kategori Buku Popular menerusi buku kontroversinya #99KataKataFattahAmin.

Biarpun pernah mendapat kecaman hebat sewaktu buku itu diterbitkan, ternyata buku itu telah menjadi antara buku yang terlaris di kedai-kedai buku.

fattah2

Ramai netizen yang mempersoalkan kualiti buku tersebut serta harganya yang tidak masuk akal.
Namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk buku ini berada di bahagian buku terlaris di kedai buku.

Fattah menerusi akaun instagramnya meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus menyokongnya.

fattah1

Terbaru selepas kejayaan buku 99KataKataFattahAmin , beliau muncul pula dengan novel berjudul Wanita Terakhir.

fattah5
Mampukah novel Wanita Terakhir mengulangi kejayaan bukunya sebelum ini? Memandangkan rakyat Malaysia begitu taksub dengan novel cinta, kami pasti novel ini bakal laris bak goreng pisang panas!

Kami di Suria mendoakan yang baik-baik baik sahaja untuk Fattah Amin, semoga terus positif dan berjaya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!