90051

“Buku Saya Bukan Untuk Aibkan Sesiapa” – Siti Nordiana - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dan pelakon popular Siti Nordiana (Nana) telah membukukan kisah perjalanan hidupnya di dalam sebuah buku autobiografi yang berjudul ‘Life Goes On’.

Dalam buku yang telah pun habis dijual itu, Nana telah berkongsi kisah hidupnya bersama arwah bekas suami yang ramai tidak tahu.

Namun kata Nana, buku yang ditulis olehnya sendiri itu bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.

Dalam buku itu saya tak aibkan sesiapa. Saya kongsikan kisah sewaktu saya menjadi isteri kepada Arwah bekas suami. Apa yang saya ceritakan itu adalah apa yang berlaku pada masa itu. Dan saya tak aibkan atau burukkan sesiapa sebab saya redha dan apa yang terjadi itu ada hikmahnya“, jelasnya.

Tambah Nana lagi, keluarga Arwah Faizal juga tidak berkecil hati dan tidak kisah kerana mereka sangat ringkas dan memahami.

Sebanyak 5000 naskah telah pun habis dijual untuk cetakan pertama. Malah buku ‘Life Goes On’ ini telah menjadi buku nombor satu di kedai buku MPH.

Ditanya adakah beliau sudah bersedia andai ada pihak yang mahu menjadikan naskah ini sebagai drama, kata Nana beliau tidak kisah tetapi mungkin ada beberapa bahagian yang perlu diiubah dan beliau tidak akan melakonkan wataknya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Nana bakal sibuk dengan pencarian protege untuk program Mentor musim ketujuh dimana Nana merupakan salah seorang Mentor yang bertanding.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!