72713

Bunga – Warkah Terbaru Ara Johari - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi muda wanita yang sedang meningkat naik Nurfarrah Izzatie Johari, 19, atau lebih mesra dengan panggilan Ara bakal menggegarkan industri hiburan tanah air sekali lagi setelah kejayaan di luar jangkaan single pertama ‘Warkah Untukku’.

Kini, tampil dengan lebih yakin, Ara kembali dengan edisi terbaharu berjudul ‘Bunga’ hasil ciptaan Akim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hang Nadim, dan beliau turut berkolaborasi bersama Laq dan Kadok.

screen-shot-2017-10-24-at-7-04-52-pm

Finalis Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) ini mula mendapat perhatian sejurus berakhirnya rancangan pertandingan nyanyian televisyen realiti terbabit kerana vokal bertenaga lagi memukau yang dipamerkannya setiap kali membuat persembahan di atas pentas dari konsert minggu pertama sehingga konsert akhir di mana beliau mendapat tempat keempat.

Single ‘Warkah Untukku’ nyanyian Ara pada konsert akhir AF 2016 ternyata menjadi hit serta merta dan sering dimainkan di corong-corong radio muzik tempatan serta menjadi siulan anak-anak muda di luar sana dengan tontonan melebihi 10 juta di laman sesawang YouTube.

screen-shot-2017-10-24-at-7-05-55-pm

Jika dalam single terdahulu, Ara memilih genre balada rock yang sememangnya sesuai dengan vokal beliau, kini dengan single ‘Bunga’, beliau sekali lagi mempertaruhkan genre yang sama, diadun pula dengan kemantapan serta kehebatan dinamik vokal beliau yang telahpun diakui mempunyai kekuatan tersendiri walaupun baharu sahaja menapak dalam bidang muzik tempatan sebagai seorang penyanyi.

Pada single terdahulu, ia menceritakan tentang pengharapan seseorang terhadap kekasihnya agar berubah menjadi lebih baik tetapi dalam single terbaharu ini ia ditujukan buat kaum wanita yang diibaratkan sebagai ‘Bunga’ yang sedang mekar berkembang cantik tetapi hatinya telah dirobek dan diperbodohkan oleh sesetengah kaum lelaki yang suka mengambil kesempatan dan lebih malang lagi ditinggalkannya begitu sahaja.

screen-shot-2017-10-24-at-7-06-40-pm“Bunga merupakan luahan rasa saya dalam lagu dan mesej yang cuba disampaikan merupakan peringatan buat setiap wanita agar lebih berwaspada dan tidaklah bertujuan untuk menjatuhkan kaum lelaki. Di samping itu, ia lebih kepada nasihat kepada para wanita untuk lebih berhati-hati apabila mencari pasangan kelak”, jelasnya.

Disebabkan single Warkah Untukku begitu popolar, Ara sedikit gusar tentang penerimaan orang ramai terhadap single keduanya ini.

screen-shot-2017-10-24-at-7-09-15-pm

“Saya akui kejayaan single pertama sedikit sebanyak memberikan tekanan terhadap saya kerana sambutan hangat yang diterima, yang mana sebagai seorang pendatang baru, sudah pasti saya tidak menyangkakannya.

Single kedua saya ini sangat penting bagi saya kerana tanda aras yang diletakkan di atas kejayaan single ‘Warkah Untukku’ yang terdahulu adalah terlalu tinggi. ‘Bunga’ merupakan titik kesinambungan terhadap kerjaya saya sebagai penyanyi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!