97258

Camila Cabello Ajak Orang Ramai Bantu Kanak-kanak di Syria Sempena Ulang Tahun ke-23 - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENYANYI Camila Cabello baru-baru ini menyambut hari jadi yang ke 23 tahun pada Selasa lalu.

Cabello mengucapkan terima kasih dan mengajak orang ramai untuk membantu masyarakat Syria.

“Terima kasih semua, saya benar-benar mengasihi kamu dan saya sangat bersyukur untuk kamu.

“Untuk hari jadi saya ingin memberi perhatian kepada salah satu krisis kemanusiaan yang paling buruk yang terjadi di dunia sekarang ini di Syria,” katanya.

Penyanyi lagu Havana itu juga memberitahu bagaimana situasi di Syria pada ketika ini.

“950,000 orang telah dipaksa untuk melarikan diri dari rumah kerana keganasan di Idlib. Sesetengahnya hanya dengan pakaian di belakang mereka.

“Kebanyakan mereka adalah kanak-kanak.

“Sekarang, mereka tinggal di kem pengasingan dalam suhu sejuk beku. keluarga tidak sepatutnya memilih antara mati akibat bom atau suhu sejuk,” katanya lagi.

Tambahan pula, Cabello menjelaskan bahawa Save the Children berfungsi untuk menyediakan makanan, selimut untuk keluarga yang tidak ada tempat tinggal.

Oleh itu, Cabello mengajak orang ramai untuk membantu kanak-kanak dan keluarga yang dalam kesusahan.

“Jadi untuk hari jadi saya, ini akan banyak memberi kesan kepada saya jika anda mempertimbangkan untuk menyokong Save the Children untuk krisis kemanusiaan ini,” ujarnya.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!