
/wp-content/uploads/2020/09/HAIRUL-2.png)
BIARPUN sering dikritik tentang cara membesarkan anak, pelakon Hairul Azreen berkata dia tidak pernah terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
Menurut Hairul, 33, dia dan isterinya Hanis Zalikha tidak mahu membuang masa melayan kata-kata netizen dan hanya fokus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk anak-anak mereka.
‘Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif netizen yang kritik cara saya jaga anak-anak. Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak fikir apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak.’
Baca artikel penuh di mStar
Kredit gambar dan artikel mStar