72555

Cars 3 Penuh Kejutan! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa yang boleh melupakan watak animasi, kereta lumba Lightning McQueen yang pernah mencuri perhatian pencinta kartun dan animasi satu masa dahulu.

Lewat filem Cars, McQueen muncul bersama beberapa orang rakan-rakannya seperti Mater dan Sally, sehingga menjadi kesayangan ramai, khasnya kanak-kanak.

Kini sambungan ketiga filem Cars menemui para peminat dalam Cars 3.

Kali ini, McQueen terlibat dalam sebuah kemalangan besar sewaktu berlumba di litar dan dikalahkan oleh sebuah kereta baru yang lebih canggih dari segi teknologi dan rekaan.

cars_3_a045_63bt_pub-pub16-560

Setelah lama berehat, McQueen cuba mengembalikan keazamannya untuk meraih semula kejayaan di litar lumba. Namun kemunculan semulanya hadir dengan pelbagai kejutan yang akhirnya mengubah hala tujunya sebagai sebuah kereta lumba.

cars_3_a045_28k_alt_pub-pub16-70

Jika ingin mengetahui apa yang terjadi, pastikan anda menonton Cars 3 yang berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Ogos ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!