86884

Celepets & Coffee Bay Bantu 24 Keluarga Yang Memerlukan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Buat pertama kalinya, kafe gaya hidup moden yang semakin menjadi bualan hangat, Coffee Bay telah bekerjasama dengan barisan artis popular Celepets dalam sebuah acara amal berbuka puasa.

Majlis yang dikenali sebagai Malam Amal & Iftar Bersama The Celepets merupakan kelangsungan program amal yang dijalankan kumpulan selebriti berkenaan sejak 8 tahun lalu sepanjang bulan Ramadhan.

Celepets dianggotai Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Daphne Iking, Atilia Haron, Serena C, Aishah Sinclair dan Yasmin Hani.

Kali ini, Coffee Bay mengambil kesempatan bertindak selaku penganjur dan penaja lokasi serta menyediakan juadah berbuka puasa dalam meraikan majlis amal berkenaan.

Usaha berterusan artis Celepets itu telah mendapat perhatian Kindness Malaysia yang sekali lagi telah menghulurkan bantuan dalam mengenal pasti lebih 24 keluarga daif yang sangat memerlukan.

Kindness Malaysia bertanggungjawab mencari dan mengenal pasti keluarga di sekitar Lembah Klang untuk di bawa ke majlis berkenaan bagi berbuka puasa bersama-sama.

Malah kanak-kanak yang hadir telah diceriakan dengan permainan mini golf dari Harimau Mini Golf sambil bersenda gurau dengan selebriti Celepets.

Majlis telah disemarakkan dengan penampilan aktor popular, Arja Lee yang bertindak selaku pengacara majlis.

Tidak ketinggalan acara ringkas cabutan bertuah yang dilaksanakan oleh ahli Celepets bersama-sama tetamu yang diraikan.

Setiap keluarga menerima sumbangan duit raya dan barangan tajaan daripada Himalaya, Papparich TTDI, The Awesome Culture, CJ WOW, Pigeon Malaysia, Staedtler Malaysia dan Softland.

Dana dan sumbangan telah dihimpun oleh selebriti Celepets yang telah sumbangkan oleh para dermawan yang terdiri daripada rakan terdekat, ahli keluarga dan peminat kumpulan berkenaan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!