72108

Che Ta Jelaskan Dakwaan Tentang Komen 'Betina' Untuk Rita Rudaini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini nama pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mendapat perhatian ramai sehingga ada yang menghentam cara beliau meninggalkan komen di ruangan komen Instagram milik isteri kepada pelakon Aqasha iaitu Baizura.

intrend_18476_imagehtmlcontent_1

Baizura ada memuat naik gambar beserta kapsyen yang menjelaskan tentang perasaannya apabila Aqasha didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta bersama wanita lain dan ia telah menarik Che Ta untuk meninggalkan komen di gambar tersebut.

maxresdefault

Apa yang membuatkan netizen tidak puas hati adalah cara Che Ta menggunakan istilah ‘betina’ yang merujuk kepada wanita ketiga yang menjadi punca dalam masalah rumah tangga Aqasha dan Baizura.

che-ta-2_5

Jika dilihat pada komen tersebut, rata-rata netizen memetik nama pelakon Rita Rudaini sebagai wanita itu gara-gara ada satu status yang dimuat naik di akaun Instagram milik abang kepada Baizura, ia seakan-akan memberi gambaran bahawa Rita adalah punca segala-galanya yang berlaku terhadap adiknya.

1

Jom kita baca sendiri kenyataan dari Che Ta sendiri adakah benar beliau memang sengaja ingin menujukan istilah ‘betina’ kepada Rita atau tidak? Ini jawapan Che Ta.

“Sejujurnya, saya tidak tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan. Saya tak tahu langsung hujung pangkal cerita. Saya juga tidak mengenali siapa Baizura. Sebagai wanita, saya rasa tersentuh membaca luahan hati Baizura serta memahami perasaannya sebagai isteri dan ibu. Saya memahami perasaan wanita lain yang suaminya digoda.

“Ingin saya jelaskan yang saya tak tahu secara terperinci apa yang sedang berlaku. Siapa yang terlibat dalam hal ini pun saya tak tahu pada mulanya kerana saya memberikan komen secara general menerusi sudut pandang seorang wanita. Saya sendiri tiada isu dengan Rita. Saya tak pernah jumpa dengan Rita dan tak pernah berlakon dengan Rita. Saya tiada sebab mahu mengata atau mahu menujukan komen itu kepada Rita kerana saya sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan.”

Bukan itu sahaja, isu ini juga telah membuatkan Che Ta menjadi serik untuk meninggalkan sebarang komen dimana-mana ruangan komen tanpa mengetahui cerita sebenar.

Sumber : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!