87103

Che Ta Lega! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan usahawan popular nan jelita Rozita Che Wan atau Che Ta meluahkan rasa lega apabila cukai GST dihapuskan.

Sebelum ini Che Ta pernah mengalami kesukaran untuk ke luar negara gara-gara terlambat membayar cukai GST yang mencecah ratusan ribu ringgit.

“Saya lega banyak. Saya ada tiga syarikat, bayangkan kalau satu syarikat dah beratus-ratus ribu nak kena bayar.

Sebenarnya kita sebagai peniaga tak terasa beban sangat, pengguna yang lebih terasa bebannya. Saya juga merupakan pengguna”, jelasnya.

Namun kata Che Ta lagi beliau gembira apabila mendengar khabar bahawa duit yang pernah di bayar sebelumi ini mungkin akan dikembalikan semula.

SURIA doakan semoga perniagaan Che Ta lebih maju selepas ini. tak sabar nak tengok rumah baru Che ta yang masih dalam proses renovasi itu. Mesti meletup macam tuan rumahnya juga.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!