71782

"Ukur Baju Di Badan Sendiri Kena Dengan Diri Saya" – Che Ta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Isu tentang kemewahan yang Rozita Che Wan miliki umpama tiada penghujungnya apabila dia sering kali menjadi ancaman oleh sesetengah netizen. Apa yang netizen mahukan dari Che Ta?

Dalam hidup ini, kita memang tidak akan berjaya untuk memuaskan hati semua orang. Ada sahaja yang tidak kena dimata orang luar walaupun kita tidak pernah kacau kehidupan orang lain.

Berbalik kepada isu Che Ta, sesetengah netizen bertambah ‘panas’ apabila isu tidak membayar tunggakan cukai sehingga disekat ke luar negara menjadi topik hangat di media sosial sehingga dikaitkan dengan kemewahan dari segi percutian dan berpakaian sedondon.

Menerusi temu bual bersama wartawan Utusan Malaysia, Che Ta ada memberikan komen tentang isu ini.

rozita-che-wan-pakai-seluar-pendek-di-london-rotikaya-700x421

“Perumpamaan ukur baju di badan sendiri itu kena dengan diri saya. Jadi tidak salah kalau saya berbelanja mewah jika semua itu mengikut kemampuan saya. Dan tidak salah juga kalau saya mengetengahkan konsep sedondon dengan anggota keluarga pada setiap percutian kerana itu juga pilihan saya. Hinggakan terpaksa mengemas baju seharian untuk memastikan tema pakaian kami anak beranak semuanya sama juga saya tak kisah. Sebab kalau kita mahu semuanya sempurna maka seseorang itu perlu berkorban. Yang penting adalah kepuasan diri.”

Walau bagaimanapun, jujur diperkatakan bahawa kehidupan Che Ta sedikit sebanyak memberikan inspirasi untuk terus bangkit dari kehidupan lama dan mengejar impian yang diinginkan.

Sumber : Utusan Malaysia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!