90944

Che Ta Suka Cuci ‘Toilet’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa sangka artis yang cantik rupawan seperti Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta ini merupakan seorang yang suka mencuci ‘toilet’.

Menerusi temubual yang dilakukan bersama Che Ta dalam majalah gaya hidup popular EH! edisi Oktober 2018, ibu beranak tiga ini mengakui suka mengemas rumah terutamanya mencuci bilik air.

Orang cakap bila makin tua tenaga kita pun makin lemah. Tapi bagi saya kalau kita sudah biasa bekerja, mesti kita akan sentiasa bertenaga.

Saya tengok emak saya menyapu, mengemop, kemas rumah semuanya dilakukan sendiri. Macam saya jika dirumah saya suka rumah lebih-lebih lagi ‘toilet’.

Bagi saya cuci bilik air tu dah macam senaman saya. Penat! ” ujar isteri kepada Zain Saidin ini.

Che Ta Menghiasi Kulit Depan Majalah EH! Edisi Oktober 2018

Bukan itu sahaja tau, kongsi Che Ta lagi, di rumah beliau turut akan memasak untuk keluarganya. Hanya untuk Aisyah sahaja pembantu akan sediakan.

Wah! Rajin betul Che Ta ni kan. Bukan sahaja cantik, tapi pandai buat kerja rumah pula tu. Tak adalah nak melawa sahaja 24 jam kan. SURIA puji sikap Che Ta yang pandai membahagikan masa diantara karier seni, bisnes dan urusan rumah tangga. Macam ni lah baru dinamakan Superwoman!

 

Sumber : Majalah EH! Edisi Oktober 2018

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!