84387

Chef Wan & Netizen Bidas Dato Aliff - Suria FM - Segalanya Hiburan

Chef selebriti terkenal negara Datuk Chef Wan telah mengambil langkah berani dengan memberi komen kepada pengusaha kosmetik terkenal Dato Aliff Syukri di laman Instagramnya.

Dato Aliff telah meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah restoran di Switzerland kerana dikatakan telah menghalau mereka sekeluarga gara-gara membawa makanan sendiri ke dalam restoran berkenan.

screen-shot-2017-07-28-at-6-51-49-pm

Disebabkan itu, Dato Aliff sekeluarga terpaksa makan di tepi jalan.

Datuk Chef Wan telah meninggalkan komen dengan mempersoalkan kenapa Dato Aliff mahu berbuat demikian di sebuah restoran. Katanya lagi, terdapat banyak taman yang menyediakan meja di sana yang membolehkan mereka sekeluarga makan.

screen-shot-2017-07-28-at-6-49-50-pm

 

screen-shot-2017-07-28-at-7-30-17-pmscreen-shot-2017-07-28-at-7-30-26-pm

Rata-rata netizen bersetuju dengan komen Datuk Chef Wan itu. Malah ada netizen yang mendakwa Dato Aliff telah memalukan rakyat Malaysia di luar negara.

screen-shot-2017-07-28-at-7-17-37-pm

screen-shot-2017-07-28-at-6-53-07-pm

Ramai juga yang mempersoalkan kenapa Dato Aliff harus bertindak sedemikian rupa sedangkan beliau adalah seorang jutawan yang mampu untuk makan di mana sahaja.

screen-shot-2017-07-28-at-6-52-31-pm

Malah ada netizen yang memberi komen bahawa dia pernah ke Switzerland secara percutian bajet, tetapi masih mampu untuk mencari tempat makan yang lebih baik dan selesa.

screen-shot-2017-07-28-at-7-01-03-pm

screen-shot-2017-07-28-at-7-12-40-pm

Apa-apa pun kita tidak boleh menilai dengan sesuka hati kerana kita sendiri tidak berada di situasi Dato Aliff ketika itu. Semoga Dato Aliff lebih tenang dan dapat mencari penyelesaian yang lebih bagus seandainya sistuasi ini terjadi lagi kelak.

untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!