85125

Cheryl Samad Rindu Mengacara TV dan Perlukan Pengurus - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-02-28-at-12-21-53-pm-2

Lama juga kami tidak mendengar khabar pengacara TV dan pelakon popular Cheryl Samad. Sejak berumahtangga beberapa tahun lalu, Cheryl seakan-akan hilang daripada radar dunia hiburan.

Namun Cheryl sebenarnya masih aktif mengacara, cuma bukan di layar TV tetapi lebih banyak mengacara majlis-majlis korporat dan acara-acara tertutup.

Terbaru, ibu beranak dua ini dipilih oleh jenama kecantikan dan penjagaan kulit mewah dari Switzerland, Oud Essentials sebagai jurucakap untuk memperkenalkan kehebatan barangan keluaran mereka.

“Saya gembira kerana diberi peluang untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan produk-produk penjagaan kulit mereka yang hebat ini. Apatah lagi saya harus sentiasa tampil cantik di setiap acara dan produk-produk mereka sangat membantu dalam hal ini,” jelas Cheryl kala ditemui di cawangan Fragrance Du Bois di Starhill Gallery untuk acara khas Oud Essentials.

whatsapp-image-2018-02-28-at-12-21-53-pm-1

Kala ditanya kenapa begitu lama tidak muncul di layar TV, Cheryl memberitahu dia mempunyai alasannya tersendiri.

“Saya sebenarnya memang rindu untuk mengacara di TV tetapi selain daripada sibuk dengan tanggungjawab baru saya sebagai ibu dan isteri, saya juga perlukan seorang pengurus untuk membantu saya menyusun jadual dan mendapatkan projek-projek yang sesuai dengan diri saya kini. Sekarang semuanya perlu saya lakukan sendiri dan itu tidak mudah buat saya seorang,” ujar Cheryl lagi.

whatsapp-image-2018-02-28-at-12-27-05-pm

Apapun kami di Suria memang rindukan aksi Cheryl di depan TV, yang sebelum ini begitu sinonim dengan rancangan Muzik Muzik serta AJL. Harap-harap dia akan menemui pengurus yang berkebolehan untuk meneruskan kerjaya dan mengembangkan bakatnya dengan lebih jauh.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!