87402

Cik Piah Kembali Langsing Seperti Anak Dara Selepas Bersalin Anak Kedua - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah apa yang dialami oleh penyampai segmen Gaya Suria, Feeya Iskandar atau Cik Piah apabila berat badannya naik mendadak sewaktu mengandung.

Malah perkara itu berlarutan selama 2 tahun apabila selepas sahaja melahirkan anak yang pertama, dirinya disahkan hamil anak yang kedua pula.

Namun kini selepas melahirkan anak yang kedua, tubuh Cik Piah kembali langsing seperti zaman anak daranya. Malah baju yang dahulu tidak muat dipakai, kini sudah boleh disarung semula. Jika dulu berat Cik Piah mencecah 72KG, kini badannya sudah susut kepada 57KG.

“Rahsia saya selepas pantang adalah saya semakin sibuk dengan kerja. Dalam masa yang sama semenjak jadi ibu kepada dua anak yang masih kecil ni saya semakin sibuk menguruskan mereka berdua. Mana nak kerja di konti lagi, balik menguruskan rumahtangga. Nak kejar si Malique (anak sulung) yang semakin debab itu. Tak payah susah-susah nak pergi gimnasium. Jadi kesibukan diri merupakan salah satu debab kenapa saya semakin kurus”, jelasnya.

Kata Cik Piah lagi beliau bersyukur kerana dirinya tidak perlu mengamalkan diet yang extrem dan masih makan nasi seperti biasa.

Lebih menggembirakan apabila Cik Piah kini muat memakai kembali baju-baju sewaktu zaman anak daranya yang sudah lama tergantung di dalam gerobok.

Wah, makan hati betul SURIA tengok body Cik Piah sekarang. Semakin langsing dan meletop ala-ala supermodel gitu. Raya sakan la Cik Piah tahun ni ya! Boleh melaram baju cantik-cantik.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!