86745

Cik Piah Seronok Berniaga Di Bazaar Ramadan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai segmen Gaya SURIA siapa lagi kalau bukan si cantik manis Feeya Iskandar atau Cik Piah sekarang ini sibuk berniaga di Bazaar Ramadan di Presint 3 Dataran Putrajaya.

Menurut Cik Piah, tahun ini merupakan tahun pertama beliau berjinak-jinak untuk berniaga di Bazaar Ramadan.

“Saya menjual pelbagai barang di Bazaar ini. Antaranya baju raya, kuih raya, bedak asas, kosmetik, kerepek dan juga baju pre-loved saya”, jelasnya.

Bertugas sebagai penyampai radio di samping mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak, Cik Piah harus bijak membahagikan masanya untuk semua perkara.

“Saya tidak berada di booth saya setiap hari, tetapi saya akan pastikan setiap hujung minggu saya akan berada di booth saya. Saya juga akan mengemaskini status di media sosial untuk memberitahu pengikut saya jika saya pergi ke booth sebab kadang-kadang orang ke booth saya sebab nak jumpa saya saja.”, ujarnya.

Jadi kepada anda peminat-peminat Gaya SURIA dan Cik Piah jangan lupa untuk singgah di booth Cik Piah di Festival Ramadan Putrajaya 2018 yang terletak di Presint 3 Putrajaya yang dibuka setiap hari sepanjang Ramadan bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!