72544

Cincin di Jari Jamiel Said - Suria FM - Segalanya Hiburan

dsc_1966

Muhammad Jamiel Bin Mohd Said atau lebih dikenali sebagai Jamiel Said adalah seorang penyanyi dan penggubah lagu yang sudah lama berkecimpung di dalam seni muzik sejak berumur 15 tahun.

Penyanyi yang pernah tercalon di dalam kategori Vokal Terbaik dan Artis Baru Lelaki di Anugerah Planet Muzik ini memilih muzik sebagai kerjaya setelah tamat kuliah di Singapore Management University dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Selain menulis untuk diri sendiri, Jamiel juga pernah menyumbangkan lagu “Percaya” untuk Nawhki dan Didi Astillah, yang pernah berada di tangga nombor satu di Carta Hot FM.
Perjalanan seni muzik Jamiel bermula dengan single pertama beliau, ‘Nafasku’, yang pernah menjadi salah sebuah lagu di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia, yang dibintangi Fazura, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Kini tibanya sambungan kepada lagu Nafasku iaitu ‘Cincin Di Jari’.

Jika lagu ‘Nafasku’ adalah mengenai seseorang yang mencari cinta sejati, kini, ‘Cincin Di Jari’ pula adalah tentang penemuan cinta sejati itu. ‘Cincin Di Jari’ diberi nafas balada dan santai buat penerimaan semua lapisan masyarakat yang mendengar.

Video muzik ini juga dibintangi Dayana Roza yang menjadi watak utama sebagai Indah dan video ini memaparkan keikhlasan cinta yang dilihat melalui mata hati.

dsc_2016
Dicipta dan dinyanyikan oleh Jamiel sendiri, lagu ini dicipta khas buat isteri beliau untuk hari perkahwinan mereka dan Jamiel berharap ‘Cincin Di Jari’ juga akan menjadi lagu perkahwinan istimewa buat mereka yang akan mendirikan mahligai indah bersama.

Lagu “Cincin Di Jari” edaran AJ Music ini boleh dimuat turun di semua platform digital  iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox . Video Muzik Rasmi “Cincin Di Jari ” boleh ditonton di youtube https://www.youtube.com/watch?v=lUK63EpyZH0

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!