72851

Cinta Pertama The Musical Tampilkan Ramai Artis Berbakat - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-12-15-at-11-37-57-am

Selebriti yang bergelar pelajar jurusan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjayakan pementasan Cinta Pertama The Musical di Dewan Muadzam Shah UUM di Sintok, Kedah pada 11 Disember 2017.

Mereka terdiri daripada Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok, Aril, Zahid, Haziq, Maulana, Akma Abdullah, Layka dan Amir Syazwan. Turut terlibat adalah Ashraf Asimudin (Achap- Pretty Ugly) , Azran Hamzah (Awe – Ayie’z Quest), Ammar Habib (Drama Band) , Amir Ali (pemain flute) serta Kautsar Mat Sin (Alam Band) selaku pengarah muzik.

whatsapp-image-2017-12-15-at-11-37-51-am

Pementasan muzikal Cinta Pertama yang diarahkan Raja Mukhriz ini adalah projek khas melibatkan 38 orang pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur untuk pengajian semester kelima mereka.

whatsapp-image-2017-12-15-at-11-37-52-am

Berkisar tentang Cinta dan Persahabatan, Cinta Pertama The Musical menggarapkan kisah-kisah mencuit hati di kalangan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur ini sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke universiti terutama apabila melihat rakan seperjuangan sama dan sudah lama dikenali di dalam industri seni turut menyertai jurusan ijazah yang sama.

whatsapp-image-2017-12-15-at-11-37-56-am

Kisah mencuit hati ini turut diselangi dengan beberapa konflik yang melibatkan perbezaan ideologi dan pendapat serta ketegangan yang berlaku di antara pelajar muzik dan filem.

whatsapp-image-2017-12-15-at-11-37-52-am-1

Namun akhirnya proses adaptasi, perasaan sense of belonging serta serta rasa cinta dan sayang yang penuh mendalam terhadap UUM telah berjaya menyatukan mereka sehingga wujudnya motto Respect Differences, Find Similarities.

whatsapp-image-2017-12-15-at-11-37-53-am
Kehidupan sebagai pelajar universiti yang berpaksikan pengalaman sebenar mereka ini disampaikan dalam bentuk dialog dan lagu yang berkait rapat dengan penceritaan pementasan muzikal ini.

Antara lagu yang disampaikan pelajar-pelajar BCIM/UUM di dalam pementasan muzikal ini adalah Coba (Amir SYazwan), medley Cek Mek Molek & Pencuri Hati (Zahid), 1234u (Fattah Amin), Berlari (Tomok), Aku Yang Sebenar (Aril), medley Gelisah & Dikau Sumber Ilhamku (Haziq) serta Kuch Kuch Hota Hai (Akma).

Cinta Pertama The Musical dianjurkan pelajar-pelajar BCIM/UUM Kuala Lumpur yang berada di bawah kelolaan Idzwan Yacob dan disokong sepenuhnya oleh UUM. Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak adalah tetamu kehormat pada malam itu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!