72582

Cinta Tiga Segi Yang Rumit Dalam Kau Takdirku - Suria FM - Segalanya Hiburan

official-poster_lowres

Kisah cinta tiga segi merupakan formula klise yang sering digunakan oleh ramai penulis untuk menghasilkan cerita cinta. Namun filem terbaru Grand Brilliance ‘Kau Takdirku’ mempunyai sedikit kelainan dalam merumitkan lagi hubungan cinta tiga segi watak-watak utamanya.

34

Filem cinta arahan Jason Chong ini memaparkan Remy Ishak, Bront Palarae, Ezzaty Abdullah dan Kartina Aziz sebagai pelakon utama. Ia turut memberi peluang kepada Megan Tan dan Aisya Hasnaa untuk menunjukkan bakat lakonan mereka yang ternyata sangat memberi kesan sepanjang filem. Selain pelakon-pelakon berbakat, ia turut menampilkan lokasi-lokasi cantik di waktu penggambaran.

38

Ia menceritakan kisah hidup Alya (lakonan Ezzaty Abdullah) yang jatuh cinta pada penyelia latihan praktikalnya yang bernama  Harris (lakonan Bront Palarae). Namun Harris sebenarnya merupakan seorang ‘playboy’ dan juga rakan lama abang Alya sendiri, iaitu Kamar (lakonan Remy Ishak).

37

 

Pada masa yang sama Alya tidak tahu bahawa dia sebenarnya bukan adik kandung Kamar tetapi adik angkat yang Kamar temui di tepi sungai sewaktu kecil lagi. Dan hubungan mereka menjadi lebih rumit apabila Kamar rupa-rupanya selama ini menaruh perasaan cinta terhadap adik angkatnya itu sejak zaman kanak-kanak.

24

Walau bagaimanapun jodoh menyatukan Alya dan Harris sehingga ke jinjang pelamin dan biarpun Kamar cemburu serta kecewa dengan ketentuan takdir, dia akur dan menerima hakikat tersebut. Sungguhpun begitu, kebahagiaan Harris dan Alya hanyalah seketika apabila Harris hilang di lautan semasa mereka berbulan madu.

7

Alya yang meneruskan hari-hari berikutnya dalam keadaan hamil akhirnya  terpaksa menerima hakikat yang suaminya Harris telah tiada dan akhirnya berkahwin pula dengan Kamar. Tetapi, keadaan dirumitkan lagi apabila Harris rupa-rupanya masih hidup dan kembali dalam hidup mereka dalam keadaan hilang ingatan.

27

Apakah yang terjadi seterusnya? Saksikan Kau Takdirku di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 7 September ini.

12

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!