88046

CK Faizal Dimaki ‘Sendu’ Oleh Wanita Tidak Dikenali Di Telefon - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sedang asyik SURIA membelek-belek telefon pintar untuk melihat gambar-gambar ‘OOTD’ sempena dengan rumah terbuka, tiba-tiba SURIA ternampak status Instagram pengacara CK Faizal yang menarik perhatian SURIA.

Kata CK dalam statusnya itu, ada seorang pemanggil misteri yang telah membuat panggilan kepadanya. Belum sempat untuk berbuat apa-apa dia terus dimaki oleh pemanggil itu.

Pemanggil itu mendakwa CK sebagai seorang artis sendu dan tidak popular. Malah CK turut dikatakan tidak mempunyai ‘job’.

Tambah CK di kapsyen yang ditulisnya, dia bekerja kuat bukan untuk mencari populariti, tetapi sekadar untuk mencari rezeki. Dia turut terkesan dengan panggilan dan hinaan yang dilemparkan kepada terutamanya apabila pemanggil itu dikatakan ‘ahli keluarga’ sendiri.

Aduh kenapa sampai macam itu sekali kalau ya anda tidak suka kepada CK? Apa hak anda nak menghina CK sebegitu rupa? Kalau berani sangat kenapa tidak bersua muka sahaja dengan CK.

Di ruangan komen, ramai selebrti yang memberikan sokongan kepada CK untuk tidak mempedulikan hinaan itu termasuklah penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza.

SURIA rasa mungkin pemanggil misteri itu dengki dengan kejayaan CK sebagai pengacara. Iyalah kau ada Datuk Sri Siti komen di Instagram kau? Semoga pemanggil misteri itu segera bertaubat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!