72807

Coco Filem Animasi Yang Cantik dan Penuh Pengajaran - Suria FM - Segalanya Hiburan

coco_poster_intl_payoff_malaysia

Kehadiran cuti sekolah akhirnya tiba di Malaysia. Ramai ibubapa yang sudahpun mula merancang percutian bersama anak-anak mereka.

Selain pergi melancong, ramai juga yang mengambil peluang untuk menghabiskan waktu bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti menonton wayang.

Dan nampaknya ada banyak filem yang pasti bakal disukai oleh para penonton muda tahun ini.

03_c280b_19apub-prog16-03

Antaranya adalah filem animasi terbaru Disney Pixar yang berjudul Coco.

Filem yang mempertaruhkan senireka grafik hebat ini menceritakan kisah seorang anak muda bernama Miguel yang terpaksa memendam cintanya terhadap dunia muzik kerana ditentang keras oleh keluarga besarnya.

coco-rgb_c290_222b-pub16n-1034

Namun Miguel melarikan diri ke tanah perkuburan setelah gitarnya dipecahkan oleh neneknya.

Berlatarbelakangkan kehidupan dan budaya penduduk Amerika Latin yang mempercayai pada Hari Peringatan Roh Keluarga, Coco membawa Miguel dan penonton ke dunia roh nenek moyangnya yang penuh keajaiban mengikut interpretasi budaya serta kepercayaan mereka. Di alam tersebut, Miguel cuba mencari roh ayah moyangnya yang dia percaya adalah seorang pemuzik terkenal sewaktu kehidupannya.

coco-rgb_c330_15g-pub16n-122

Namun dalam proses mencari moyangnya untuk mendapatkan restu, dia bertemu dengan roh seorang lelaki misteri yang tidak pernah berpeluang kembali ke alam kehidupan untuk menjenguk anak perempuannya. Dan lelaki ini kemudian menawarkan diri untuk membantu Miguel bertemu roh moyangnya sekiranya dia membantu roh lelaki tersebut untuk menjenguk anak perempuannya di alam kehidupan.

coco-rgb_c470a_4j_pubfg-pub16n-563

Pelbagai rintangan yang mereka berdua hadapi untuk menemui roh moyang Miguel dan banyak pengajaran yang dapat diperolehi kala menonton filem ini.

coco_197966_c330_56b_pub_pub16_186_r1n_cmyk

Selain garapan senireka grafik yang hebat dan menakjubkan, Coco juga sarat dengan pengajaran untuk yang menonton.

Filem ini sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 23 November lalu.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!