88650

“Come On, My Husband Pun gemuk” – Faezah Elai - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon yang tiba-tiba menjadi kontroversi gara-gara ‘gurauan’ yang dikatakan berbau penghinaan terhadap bentuk tubuh seorang wanita iaitu Faezah Elai tampil membuat penjelasan di akaun Instagram miliknya.

Hujung minggu lalu, Faezah dikatakan telah bergurau secara kasar di atas pentas Anugerah Telenovela 2018 kepada wakil pelakon Nur Fazura yang tidak dapat hadir untuk menerima anugerah pada malam itu.

Menerusi status yang dimuatnaik oleh Faezah di Instagram, aktres berkenaan menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang suka menghakimi orang lain dan sesuka hati untuk mempersendakan bentuk tubuh seseorang.

Kata Faezah lagi, suaminya sendiri merupakan seorang yang gemuk. Jadi mengapa dia harus membuat kenyataan yang mampu mengguris hati suaminya sendiri.

Tambahnya, jika ada individu yang sudah tersalah faham dengan kata-katanya, mengapa perlu mengajak orang lain untuk turut sama terlibat dalam salah faham itu.

Faezah turut memohon maaf kepada wanita berkenaan andai gurauannya pada malam itu telah mengguris hatinya walaupun Faezah sebenarnya tiada niat untuk mempersendakan bentuk tubuh wanita itu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!