89181

“Comelnya YB Ni! ” – Netizen Tak Tahan Tengok Aksi YB Syed Saddiq & Kucing - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq telah memuatnaik foto dirinya bersama seekor kucing.

Dalam foto itu kelihatan YB sedang menutup muka kucing berkenaan yang dikatakan takut melihat darah lembu yang dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha.

Rata-rata netizen terutamanya wanita agak teruja melihat aksi itu dan meninggalkan komen dengan mengatakan bahawa mereka juga takut darah dan mahu menjadi seperti kucing di dalam gambar itu.

Amboi netizen ni, ada hati nak ‘try’ YB Syed Saddiq ya? Siap nak ganti tempat kucing tu lagi. SPM dah ambil ke belum?

Jadikan YB Syed Saddiq sebagai idola dalam belajar dan mengejar cita-cita ya adik-adik semua.

Tapi memang tidak dapat dinafikan aura YB kita ni sampai sudah buat warga seberang juga tergila bayang! Hebat betul penangan YB Syed Saddiq!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber