
/wp-content/uploads/2018/11/Screenshot_2018-11-01-09-22-05-74.png)
Pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo kini telah mengatasi Selena Gomez dengan memiliki pengikut akaun Instagram paling ramai di dunia.
Ronaldo sehingga kini memiliki 144.5 juta pengikut, manakala Selena memiliki 144.3 juta pengikut.
Selena telah memegang takhta sebagai Individu yang memiliki pengikut paling ramai di Instagram selama beberapa tahun.
Namun Selena telah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari media sosial kira-kira sebulan yang lalu.
Kali terakhir Selena memuatnaik gambar di Instagramnya adalah pada 24 September yang lalu.
Sebelum ini Selena juga pernah menyepi dari memuatnaik sebarang gambar di Instagramnya kerana mengalami masalah kesihatan.
Adakah Selena akan berjaya merampas kembali takhtanya apabila dia kembali aktif di Instagram kelak? Sama-sama kita kita nantikan.