85086

Cristina Suzanne Menghilang Bukan Sebab Merajuk - Suria FM - Segalanya Hiburan

Lama juga SURIA tak dengar khabar pelakon cantik lagi berbakat Cristina Suzanne. Agak lama juga beliau menyepi dari industri hiburan.

Malah wajahnya juga sudah lama tidak muncul di kaca televisyen. Akaun Instagram Cristina juga sudah lama tidak dikemaskini.

Ada yang mendakwa bahawa Cristina sedang merajuk dan membawa diri dari industri untuk menenangkan fikiran.

Semalam SURIA berpeluang bersua muka dengan pelakon yang lahir dari program Pilih Kasih ini di tayangan perdana filem Surf This Love yang dibintangi Cristina.

whatsapp-image-2018-02-20-at-10-02-11-am

Kata Cristina dia tidak pernah merajuk dan membawa diri dari industri, tetapi membantu perniagaan yang diusahakan oleh keluarganya.

“Mana ada saya merajuk. Sebenarnya saya tidak suka terlampau diberi perhatian. Saya sukakan kehidupan yang normal”, jelasnya.

Ditanya adakah beliau tidak takut lama-lama orang akan melupakannya terus kerana lama menyepi dari industri, kata Cristina beliau tidak kisah.

“Saya tak kisah. Kalau orang ingat kita mereka ingat la. Saya tak kisah walau hanya 10 orang sahaja yang ingat saya”, ujarnya.

cm20160903ffm71

Cristina turut menjelaskan kenapa beliau jarang muncul di kaca televisyen kerana sering menerima tawaran membawakan watak yang sama.

“Saya tidak mahu muka saya kelihatan bersepah-sepah di semua stesen televisyen. Tak nak lah. Nanti orang sapu”, katanya sambil ketawa.

Buat semua peminat Cristina jangan risau, rindu anda semua bakal terubat kerana Cristina bakal muncul dengan filem Surf This Love pada 22 Februari ini dan sebuah drama 28 episod tidak lama lagi.

whatsapp-image-2018-02-20-at-9-31-22-am-1

Kredit Foto : Shahrizan Shafie, The Malay Mail & Instagram Cristina Suzanne

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!