96803

Cubaan Godam Instagram, IU Beri Amaran - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi terkenal IU memberi amaran kepada mana-mana pihak atau individu yang cuba untuk menggodam akaun peribadi laman sosialnya.

Menerusi laman Instagramnya, IU memberitahu dia menerima banyak mesej mengatakan ada orang cuba mengambil alih akaun Instagramnya.

“Saya sudah lama tidak aktif menggunakan akaun Instagram tapi saya dapat tahu yang saya ada mengikuti akaun yang saya sendiri tidak tahu.

“Sebelum ini pernah berlaku. Saya terima banyak mesej mengenai ada pihak cuba godam akaun Instagram saya.

“Akaun yang menggunakan nama The Jang Man Wol pun hampir digodam juga. Berhentilah. Jangan godam! Ia milik saya!” tulisnya.

Sumber – Soompi 

Kredit artikel dan gambar: mStar

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!