95776

Curi Perhatian Peminat, Chanyeol Tampil Serba ‘Pink’ Dalam MV ‘Obsession’! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Khas buat peminat EXO, EXO kini kembali membuat comeback dengan album keenam mereka berjudul ‘Obsession’.

Apa yang menarik lagi apabila agensi naungan EXO sendiri iaitu SM Entertainment baru sahaja berkongsi beberapa foto secara eksklusif disebalik penggambaran muzik video tersebut.

Menerusi laman sosial Twitter rasmi EXO, SM Entertaiment membelanja peminat dengan foto-foto tampan idol ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada Suho, Baekhyun, Chen, Chanyeol, Kai dan Sehun.

Berbanding ahli kumpulan yang lain, ternyata penampilan Chanyeol berjaya mencuri perhatian ramai apabila jelas terpancar ‘jambunya’.

Ini kerana ketika penggambaran berlangsung, Chanyeol menggayakan busana berwarna merah jambu selain rambutnya turut diwarnakan dengan warna merah jambu ‘pastel’.

Penyanyi berusia 27 tahun ini, dilihat sangat tampan apabila penampilannya itu turut dipadankan beberapa aksesori seperti rantai dan cincin berwarna emas, perak dan merah jambu. Apa-apapun ia satu kombinasi yang menarik!

Rata-rata peminat meninggalkan positif serta pujian pada foto ahli kumpulan tersebut. SUMBER- KapanLagi.com

 

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!