71875

"Daddy Sefhia Nak Kahwin Februari 2017" – Elly Mazlein - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahun 2016 sememang tahun yang agak mencabar buat pelakon wanita, Faye Kusairi apabila namanya sering terpalit dengan kontroversi sehinggalah sebelum ini terjadinya khabar angin yang mengatakan bahawa hubungan beliau dan Azmi Hatta sudah berakhir apabila kononnya Azmi Hatta ada keluar bersama wanita lain.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Elly Mazlein ada memuat naik status di akaun Instagram nya yang mendakwa bahawa bekas suaminya, Azmi Hatta bakal menamatkan zaman dudanya pada Februari tahun depan bersama Faye Kusairi.

7n_fayeakuibercinta00

Antara ayat yang ditulis  di Instagram Elly sendiri, “Daddy Sefhia nak kahwin Februari 2017”.

Apabila diajukan soalan itu kepada Faye, beliau hanya memberitahu buat masa ini tiada perbincangan rasmi yang diadakan antara kedua belah pihak dan beliau sendiri tidak boleh menentukan sama ada keluarga masing-masing mempunyai rencana untuk berjumpa dalam masa yang terdekat ini.

“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kedua belah pihak belum berjumpa. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini. Disebabkan kekangan kerja dan masa menyukarkan kami mencari tarikh yang sesuai. Saya tak pasti lagi. Kalau ada pun mungkin bulan depan sebab ketika itu jadual kerja saya tak padat sangat. Apa pun tengok macam mana nanti.”

Kalau betullah dakwaan yang dilemparkan ini, kami di SURIAfm mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan semoga kontroversi tentang Faye, Azmi Hatta dan Elly dapat dilenyapkan. 

 

Penulis : Fara Ismail | Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!