72085

Dafi Jelaskan Punca Mengapa Dirinya 'Hilang' Dari Dunia Hiburan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kehilangan Dafi dari industri hiburan menjadi tanda tanya segelintir netizen yang mendakwa penyanyi yang popular dengan lagu ‘Girl’ ini seperti sudah tidak relevan dengan apa yang industri mahukan.

rr

Walau bagaimanapun, baru-baru ini krew dari SURIAfm sempat menemuramah Dafi ketika di majlis pelancaran Arez.Co di FashionValet di Pavilion, Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu.

Dafi menjelaskan bahawa beliau masih bergerak sebagai penyanyi sehingga kini dan mungkin disebabkan beliau kurang muncul di kaca televisyen yang membuatkan netizen beranggapan sebegitu.

“Saya memang tidak pernah berhenti menyanyi walaupun sudah 10 tahun dalam industri hiburan. Mungkin saya kurang tonjolkan diri dalam kaca televisyen dari segi nyanyian.

“Tetapi itu tidak bermakna saya sudah berhenti menyanyi. Saya masih menyanyi dalam majlis-majlis secara off air.”

Lagu terbaru beliau yang berjudul ‘Girl’ mendapat sambutan diluar jangkaan Dafi apabila ia mencecah lebih daripada 700,000 tontonan di laman Youtube.

Apabila ditanya tentang apakah yang beliau inginkan dalam industri hiburan di Malaysia, Dafi hanya menjawab ‘sokongan’ untuk dia terus mengorak langkah untuk maju.

“Jika orang kata mereka kurang nampak produk saya menerusi nyanyian, apa yang saya mahukan adalah sokongan supaya orang ramai nampak produk saya itu.”

Dunia hiburan sesuatu yang tidak dapat dijangka selama mana seseorang artis itu dapat bertahan dengan kehadiran muka-muka baru yang mewarna industri hiburan.

Bagi jejaka bersuara lunak ini, hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan bukan itu sahaja, namanya juga masih mendapat ‘lamaran’ dari sesetengah majlis.

“Kerjaya dalam bidang seni ini boleh dikatakan ‘nasib’ untuk seseorang artis dan saya bersyukur kerana sehingga ke hari ini saya dapat mengekalkan kerjaya saya selama 10 tahun.

“Saya masih disini, tidak hilang seperti sesetengah penyanyi yang lain bahkan saya masih menerima pelbagai tawaran cuma dari segi populariti itu, saya tidak terlampau mengejarnya.”

Tak apa Dafi, mungkin populariti Dafi masih belum tiba lagi. Pelan-pelan kayuh okay? Tapi apa yang pasti bagi kami di SURIAfm, Dafi dapat mengekalkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi adalah kerana personalitinya yang sentiasa disenangi ramai.

Bukan macam sesetengah artis yang terlalu memilih dan berlagak diva tu! Ehh, siapa makan cili dia yang terasa pedas. Gitcheww!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!