71961

"Dah Tak Ada Otak Ke Nak Fikir?" – Fezrul Khan Luah Rasa Berang Terhadap…. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seorang make-up artis yang dikenali sebagai Eva Shahrul menerima 10 jahitan apabila beliau dipukul curi dengan menggunakan objek keras dibahagian belakang kepalanya gara-gara salah faham.

Apa yang difahamkan, individu yang memukul mangsa itu juga merupakan seorang krew dan insiden itu terjadi ketika mereka sedang menjalani penggambaran untuk sebuah syarikat produksi terkenal.

Pelakon lelaki, Fezrul Khan juga meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap dan tindakan melulu pihak yang memukul Eva menerusi laman sosial Instagramnya.

Korang ni da tak de otak ke nak fikir? Agak agak la kalo shooting pon kalo terasa bole bawak berbincang kan. Tak payah la nak hentak #makeupartis macam ni. Hebat sangat ke #soundman nak hentak orang macam ni? Selagi korang tak bole nak cut sound kapal terbang tu tak payah nak rasa diri tu hebat?? #profima buat ape? Belom bertemu buku ngan ruas lg.. to kak @evashahrul be strong hope semua okay. I know u very well . Be strong

Susulan dari insiden itu, Eva terpaksa direhatkan sementara waktu bagi memulihkan kembali kesan jahitan itu.

Sumber : Instagram Fezrul Khan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!