92734

Dapatkan Tiket Konsert Westlife Bermula Esok! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi anda yang membesar dengan menyanyi dan menari lagu popular Westlife seperti ‘Uptown Girl’, ‘Flying Without Wings’, ‘Swear It Again’ dan ‘If I Let You Go’, ini adalah peluang anda untuk menghidupkan semula kenangan yang berharga ini.

Westlife akan menemui peminat mereka di Malaysia selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 8.30 malam.

Rebut peluang dapatkan tiket konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ di Malaysia seawal 13 April di Atria Shopping Gallery bermula pada jam 11.00 pagi.

 

 

 

 

 

Berikut adalah zon dan harga tiket bagi konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ di Malaysia :

ZON VIP – RM693

ZON MERAH – RM573

ZON KUNING – RM483

ZON UNGU – RM373

ZON HIJAU – RM273

Jadual Jualan Tiket Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ Di Malaysia :

TarikhMasaLokasi 
Tiket Pra-Jualan13 April 201911AM 

Atria Shopping Gallery

 

Jualan Tiket OnlineBermula 14 April 2019 dan seterusnya12PMLaman web rasmi MacpiePro

www.macpiepro.com & aplikasi MMspot

Westlife terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane Filan. Album Westlife pernah menjadi album terlaris pada abad ke-21 dan kumpulan ini pada asalnya ditandatangani oleh Simon Cowell di United Kingdom dan Clive Davis di Amerika Syarikat.

Kumpulan ini bertambah popular dengan pelancaran ‘self-titled’ debut album studio, ‘Westlife 1999’. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan 10 buah album studio dan single terbaru berjudul ‘Hello My Love’ yang dilancarkan pada Januari 2019.

Mereka telah bekerjasama dengan ramai penyanyi yang berbakat besar bagi persembahan secara langsung dan rakaman studio antaranya Mariah Carey, Lulu, Joanne Hindley dan Diana Ross. Westlife telah berjaya mengukuhkan nama kumpulan mereka dalam industri nyanyian antarabangsa selama 20 tahun.

Westlife juga pernah memenangi 92 anugerah dan 20 pencalonan tambahan sepanjang bergiat aktif dalam bidang nyanyian termasuk kemenangan di Anugerah Brit, Anugerah Meteor, Anugerah Muzik Dunia dan Anugerah Muzik Eropah MTV.

Ternyata peminat Westlife tidak sabar menyaksikan persembahan secara langsung di jelajah terakhir mereka iaitu ‘The Twenty Tour’ apabila 400,000 keping tiket terjual dalam masa 48 jam sahaja.

Konsert jelajah ini bakal menyaksikan Westlife mempersembahkan lagu terbaru dan kesemua 14 lagu hits UK No.1 mereka termasuk ‘Swear It Again’, ‘Flying Without Wings’, ‘You Raise Me Up’ dan ‘I Lay My Love On You’.

Lebih mengujakan, konsert ini juga bakal menjadi persembahan pertama mereka sebagai satu kumpulan sejak persembahan terakhir mereka di Croke Park, Dublin pada 23 Jun 2012.

Jelajah ini dinamakan ‘The Twenty Tour’ kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

Media sosial MacpiePro

Facebook: www.facebook.com/MacpiePro

Instagram: www.instagram.com/macpiepro

Media sosial Universal Music Malaysia

Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY

Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!