96325

Dapur Jadi Bualan… Kim Kardashian Tunjuk Dapur Seperti ‘Supermarket’, Peti Ais Sebesar Bilik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini peti ais bintang Kim Kardashian mendapat perhatian apabila segelintir netizen menganggap rumah selebriti popular itu kekurangan makanan.

Perkara itu berikutan video Instagram story yang dimuat naik Kim memperlihatkan bahagian dalam kediamannya.

Kim turut memuat naik foto memperlihatkan dia sedang berdiri di depan peti ais yang terbuka.

Bahagian dapur rumah Kim Kardashian.

Menerusi foto itu hanya terlihat beberapa botol air mineral dan susu kotak sahaja.

Menyedari dapurnya menjadi perbualan netizen, Kim mengambil peluang itu untuk memperlihatkan semua makanan yang berada di dapurnya.

Menerusi posting itu, Kim berjalan di semua bahagian dapur yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Malah dia mempunyai sebuah bilik sejuk beku khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu segar.

Dia juga mengamalkan bahan makanan yang sihat dan organik.

SUMBER: METRO UK

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!