89003

Dari Pentas KLFW Terus Ke Set Meletop, Baju Neelofa Jadi Bualan Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi sesiapa yang menonton rancangan Meletop yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa semalam, pasti anda sudah melihat baju yang digayakan Neelofa.

Baju yang mengerlip dan bergemerlapan itu adalah rekaan dari rumah fesyen Innai Red dan baru sahaja dipentaskan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) hari Ahad yang lalu.

Wow! Nampaknya Neelofa tidak tunggu lama untuk menggayakan baju yang memang menjadi bualan ramai itu.

Ya lah kalau dah namanya pun Neelofa, apa sahaja yang tidak mampu dimilikinya bukan? Tahniah kepada penata gaya Neelofa iaitu Abu yang begitu pantas mendapatkan pakaian itu untuk dipakaiankan kepada Lofa.

Namun ramai netizen yang mempersoalkan pemilihan baju berkenaan yang dikatakan telah dipakai oleh pelakon Nur Fazura sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen Innai Red di KLFW Ahad lalu.

Tapi kalau dah namanya pun pakai ‘Ready-To-Wear’ (siap dipakai) pasti ada jual banyak kan? Jadi tak mustahil kalau ada ramai orang pakai baju yang sama. Tambahan pula baju itu memang cantik dipakai. Pasti menjadi rebutan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!