88539

Datin Alyah & Remy Ishak Kembali Bergandingan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pernah meledak dengan video muzik Kisah Hati beberapa tahun lalu, gandingan penyanyi Alyah dan pelakon Remy Ishak kembali menggegarkan industri muzik tempatan.

Remy sekali lagi dipilih oleh Alyah untuk berlakon dalam video muzik lagu terbaru Alyah yang berjudul Jutaan Purnama.

Gandingan mereka berdua memang serasi dan mepunyai ‘chemistry’ bersama. Malah sekwaktu Alyah membuat persemabahan di Anugerah Juara Lagu dahulu, kemunculan Remy di atas pentas telah menerima sorakan gemuruh dari penonton sehingga menobatkan Alyah sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Malah Alyah akan melancarkan video muzik Jutaan Purnama itu di Gunung Keriang Kedah pada 26 Julai 2018.

Wah mesti meletup kan gandingan mereka berdua. Agak-agak boleh jadi sehebat video muzik Kisah Hati tak? Jangan lupa tonton video muzik Jutaan Purnama nanti ya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!