91559

Datin Alyah Sudah Sedia Bergelar Pelakon - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi popular Datin Alyah telah berkongsi berita kepada SURIA bahawa beliau sudah bersedia untuk mencuba bidang seni yang lain iaitu berlakon.

Datin Alyah sewaktu ditemui di majlis makan malam ulangtahun Suria ke 11 tahun di restoran Tony Romas Setia City Mall berkata, beliau telah buka pintu hatinya untuk berlakon pada tahun hadapan.

“Saya sudah buka pintu itu. Saya sekarang bersama dengan Warner Music dan saya cakap dengan mereka bahawa saya sudah bersedia dan menunggu tawaran untuk berlakon”, jelasnya.

Wow! tak sabar rasanya nak lihat lakonan Datin Alyah di kaca televisyen. Datin Alyah pun masih muda dan cantik jelita. Masih sesuai membawakan watak utama.

Jadi kepada penerbit-penerbit di luar sana, apa lagi, boleh la tawarkan watak yang sesuai untuk Datin Alyah. Mungkin boleh gandingkan Datin Alyah bersama aktor idaman Malaya, Remy Ishak. Pasti meletup! Mereka pun sudah dua kali berkerjasama dalam video muzik Kisah Hati dan Jutaan Purnama.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!