90680

Datin Diana Danielle Korbankan Rambut Demi Gol&Gincu Vol 2 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon terkenal Datin Diana Danielle mengakui terpaksa mengorbankan rambut panjangnya demi memenuhi karektor yang dijayakannya dalam filem terbaru Gol&Gincu Vol.2.

Datin Diana atau lebih mesra disapa DD ini membawakan watak seorang gadis bernama Zak yang sedikit kasar dan ranggi di dalam filem terbarunya itu.

Kata DD lagi, pada mulanya beliau telah memotong rambutnya di paras bahu, namun apabila ditunjukkan kepada penerbit, DD telah diminta untuk memendekkan agi rambutnya.

“Sebagai seorang wanita, ianya tidak menjadi satu masalah buat saya untuk memotong rambut pendek. Tetapi selepas saya potong baru saya sedar alamak rasanya sangat berbeza!”, jelasnya ketika ditemui di tayangan perdana filem Gol&Gincu Vol 2.

Selain terpaksa mengorbankan rambut panjangnya, DD juga tepraks mengurangkan berat badannya untuk menjayakan watak sebagai pelajat kolej.

“Apabila saya pergi ujibakat mereka kata saya terlalu gemuk. Namun sebagai seorang pelakon perkara itu adalah normal sama ada anda mahu watak itu atau tidak. Jadi saya perlu turunkan berat badan saya dan ianya terlalu sukar kerana saya tidak suka bersenam. Saya juga terpaksa bermain futsal dimana saya sendiri tidak tahu bagaimana bermain futsal”, kongsinya.

Itulah pengorbanan yang harus dilakukan oleh seorang pelakon demi melunaskan tanggungjawab menjayakan sesuatu watak yang diberikan.

SURIA sudah menonton filem Gol&Gincu Vol 2 ini dan lakonan Datin Diana Danielle sangat-sangat mantap! Anda harus menontonnya di pawagam bermula 25 Oktober ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!