93824

‘Dating’ Model Kacak, Gigi Hadid Temui Pengganti Zayn Malik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Menurut laporan E! News, Gigi dikatakan meluangkan waktu bersama model tampan yang juga finalis program The Bachelorette iaitu Tyler Cameron.

Sumber memberitahu, pasangan ini dan beberapa teman rapat menghabiskan masa bermain bowling di New York.

Sebelum itu, timbul khabar angin Tyler turut kelihatan di apartment milik Gigi pada Ahad lalu.

“Mereka berjumpa dan makan malam di salah satu soho, keduanya nampak sangat akrab.

“Mereka ketawa, berbual-bual dan nampak seperti sudah biasa. Masing-masing nampak tertarik antara satu sama lain,” kata sumber.

Sumber turut memaklumkan pasangan ini berkenalan menerusi laman Instagram.

Memandangkan mereka berkecimpung dalam dunia peragaan membuatkan proses perkenalan mereka lebih mudah.

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!