90918

Dato’ Aaron Aziz Terpaksa Tarik Diri Dari Produksi HBO Kerana Mahu Menjaga Isteri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular Dato’ Aaron Aziz mengakui terpaksa menarik diri dari produksi antarabangsa HBO kerana perlu menjaga isterinya yang sedang sakit pada ketika itu.

Dato’ Aaron telah ditawarkan untuk membintangi siri HBO yang bertajuk Grisse yang menjalani penggambaran di Batam Indonesia.

Saya terpaksa tarik diri dari produksi ini kerana perlu menjaga isteri yang sedang sakit. Saya telah pun pergi ke lokasi penggambaran dan melakukan sesi latihan. Pada saya menjaga isteri saya lebih penting.

Alhamdulillah, penerbit sangat terbuka dan memahami. Dia nampak ada benda yang tak kena dengan saya. Bila saya bagitahu sebenarnya saya ada masalah di rumah dan perlu menjaga isteri, dia membenarkan saya mengundur diri“, jelasnya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Operasi X.

Kini Dato’ Aaron sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri bersama Izara Aishah yang bertajuk Jodoh-Jodoh Anisa. Selain itu beliau juga bakal muncul dengan filem terbaru iaitu Operasi X yang akan ditayangkan pada 1 November ini.

SURIA kagum dengan pendirian Dato’ Aaron yang sangat mementingkan isteri dan keluarga tercinta sehingga sanggup menarik diri dari produksi besar seperti HBO. Dato’ Aaron pun memang sangat terkenal dengan sifatnya yang digelar ‘family man’. Semoga akan ada rezeki yang lebih besar buat Dato’ Aaron selepas ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!