71970

Dato' Aliff Serah Banglo RM11 Juta Pada Nur Sajat, Menetap Di Kampung - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini jutawan kosmetik yang terkenal dengan aksi lucunya, Dato’ Aliff Syukri telah membuat pengemuman untuk menjualkan rumah banglonya yang bernilai RM11 juta yang terkenal di kawasan Kota Damansara.

Walau bagaimanapun, apa yang difahamkan rumah banglo milik usahawan ini telah bertukar tangan apabila beliau berjaya menjualnya kepada rakan usahawannya iaitu Nur Sajat.

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh tuan empunya badan menerusi akaun Instagram miliknya tetapi harga rumah yang dibayar oleh Nur Sajat beserta kesemua kelengkapan perabot didalam rumah itu telah dirahsiakna. 

Menerusi gambar dan kapsyen yang telah dimuat naik oleh Dato’ Aliff, jelas menunjukkan perasaan beliau apabila terpaksa melangkahkan kaki keluar dari rumah kesayangannya itu.

Dato’ Aliff juga telah memaklumkan bahawa buat masa ini beliau sekeluarga akan menetap di rumah persinggahannya di kampung sementara menunggu rumah barunya yang bernilai RM20 juta siap sepenuhnya.

Sumber : Instagram Dato’ Aliff

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!