
/wp-content/uploads/2017/02/2-20-1-1.jpg)
Pada tahun 2016 yang lalu, netizen digemparkan dengan berita tentang seorang pelakon lelaki iaitu Boy Iman yang dikatakan telah menerima PhD sekali gus membawa gelaran Dato’ Dr Boy Iman menerusi gambar konvokesyen miliknya di laman sosial.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen mula mengecam Boy Iman apabila gambar konvokesyen itu tidak ubah seperti majlis ‘cabutan bertuah’ dengan adanya belon yang digantung.
Dek kerana cemuhan yang diterima, kali ini Boy Iman tampil bagi menjelaskan situasi yang sebenarnya menerusi portal Utusan Malaysia baru-baru ini.
“Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya. Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor ‘kehormat’. Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu.”
Hmm boleh ke kalau kita menerima ijazah kedoktoran bagi pihak lain? Apa-apa pun, semoga Boy Iman akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Sumber : Utusan Malaysia