72627

Dato' Fazley Pernah Kerja Cuci Tandas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa yang tidak mengenali Dato’ Fazley yang memulakan kerjaya seninya dengan bidang nyanyian. Lagu hit Asmara Ini ciptaan Ajai telah manaikkan namanya sehingga beliau digelar ‘Abang Asmara’.

fazley_asmara_ini

Kemudiannya beliau turut berjinak dengan bidang lakonan dengan membintangi filem , Gerak Khas The Movie 2, Janji Diana dan Gila Bola.

gila-bola

Sempat digosipkan bercinta dengan penyanyi nombor satu negara, beberapa tahun selepas itu Dato’ Fazley muncul sebagai juara pertandingan realiti MasterChef Selebriti Malaysia.

screen-shot-2017-09-21-at-11-33-39-am

Sejak dari itu nama Dato’ Fazley lebih menyerlah sebagai Chef Selebriti. Beliau juga turut memiliki sebuah restoran yang diberi nama Suka Sucre’ yang terletak di Cheras.

_mg_6124

Kini namanya laris sebagai duta produk terutamanya yang melibatkan dunia kulinari. Terbaru, Dato’ Fazley telah dilantik sebagai duta pasaraya Jaya Grocer.

screen-shot-2017-09-21-at-10-17-24-pm

Sewaktu ditemui di sidang media pelancaran ‘Jaya Grocer Online’ berkata sebelum beliau memiliki apa yang dimilikinya sekarang, beliau pernah bekerja sebagai pencuci tandas di New Zealand.

screen-shot-2017-09-21-at-10-15-25-pmKata Dato’ Fazley lagi, sewaktu itu beliau berusia 17 tahun dan belajar di luar negara. Beliau mengambil keputusan untuk bekerja sambilan untuk mencari wang saku.

screen-shot-2017-09-21-at-11-50-21-am

Beliau bermula sebagai pencuci tandas di sebuah restoran masakan India di New Zealand. Selepas itu beliau telah dinaikkan pangkat untuk mencuci pinggan pula.

“Sewaktu saya ditugaskan untuk mencuci pinggan, saya berpeluang untuk belajar memasak makanan India. Kadang-kadang saya yang jadi tukang masak bila Chef tiada. Saya juga boleh tebar roti canai”, katanya.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Fazley bakal ke Chennai India bagi memulakan penggambaran sebuah program masakan tidak lama lagi.

Semoga kisah Dato’ Fazley ini boleh menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana supaya tidak terlalu memilih kerja dan berusaha keras untuk mencapai sebuah kejayaan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!