72391

Dato Fazley Yaakob Melebarkan Sayap ke Seberang Tambak - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_9923

Sejak merangkul gelaran juara Masterchef Selebriti Malaysia, penyanyi, pelakon dan pengacara popular Dato Fazley Yaakob bukan sahaja sibuk mengukir nama sebagai tukang masak atau ‘chef’ tetapi juga semakin serius sebagai seorang usahawan.

22

Selepas meraih kejayaan dalam membangunkan SukaSucre Bistro yang menghimpunkan variasi resepi dari Negeri Sembilan, Perancis dan gabungan Asia, Fazley kini melebarkan sayap bersama Mamanda Restaurant di Singapura dengan menggalas tanggungjawab sebagai rakan kongsi perniagaan merangkap Cef Eksekutif Kumpulan di bawah Mamanda Group mewakili Singapura dan Malaysia.

40

Mengimbas ke belakang, hubungan bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia dan Mamanda itu bukan sesuatu yang baru atau asing. Sebaliknya, pertalian dua hala itu telah bermula sejak beberapa tahun lalu saat beliau memilih restoran tersebut sebagai lokasi majlis beramah mesra sempena lagu Chocolate Cake bersama peminat sekitar tahun 2013.

50

Mamanda merupakan sebuah restoran makanan Melayu berkonsep sajian mewah atau ‘fine dining’ di mana ia mengenengahkan masakan warisan Melayu tradisional yang dinaik taraf bertujuan dapat diterima oleh semua peringkat masyarakat termasuk penggemar masakan Barat.

whatsapp-image-2017-06-29-at-11-00-41-am

“Kalau dulu saya berkolaborasi dengan Mamanda sebagai cef jemputan, kali ini saya merupakan salah seorang pemilik bersama. Terbaharu, selepas dilantik sebagai Cef Eksekutif Kumpulan, saya tampilkan menu sulung secara eksklusif oleh Dato’ Fazley iaitu Dulang Minang Seafood. Ia berkonsep setiap jenis seafood yang saya masak dengan kuah lemak cili api akan dituang bersama. Dan lebih bermakna, semua masakan itu akan dihidangkan di dalam dulang. Itu ciri khas menu yang saya tampillkan buat pengunjung Mamanda di Singapura.”

54

Mamanda berlokasi di sebuah rumah agam berusia 173 tahun di 73 Sultan Gate Singapore. Yang pasti, pengunjung bakal menjiwai momen dan atmosfera mewah warisan dahulu kala menjejakkan kaki di situ sambil menikmati beraneka hidangan Melayu menggamit selera.

63

Dan lebih mengujakan, Mamanda bakal meneruskan langkah cemerlang dengan pembukaan cawangan kedua di TPC Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf & Country Club) di Bukit Kiara dijadualkan tidak lama lagi.

whatsapp-image-2017-06-29-at-11-01-01-am

Fazley turut meletakkan ekspektasi tinggi agar Mamanda Malaysia dapat diterima ramai kerana berpandukan visi utama – memartabatkan makanan Melayu tradisional dalam bentuk sajian mewah.

whatsapp-image-2017-06-29-at-12-01-37-pm

“Kita sedia maklum bahawa masakan Melayu dimakan di kampung. Hakikatnya, sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, ia telah dimakan oleh orang-orang berdarah biru. Jadi, konsep makanan Melayu ini dikembalikan semula untuk diberi satu kualiti, penampilan, dan bentuk yang berbeza supaya dapat merealisasikan impian ramai penggemar masakan lama bahawa masakan Melayu tidak akan hilang di mata dunia,” jelasnya lagi.

whatsapp-image-2017-06-29-at-11-42-45-am

Fazley juga menjelaskan beliau ada perancangan untuk pergi lebih jauh dan membuka cawangan Mamanda di United Kingdom serta Jepun tidak lama lagi.

Sementara itu, Fazley baru sahaja melancarkan buku resepi beliau yang berjudul My Sucre Story dan single terbaharu, Ketiadaan.

Tidak ketinggalan, lagu Raya beliau yang berjudul Ku Mohon Maaf Sayang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Fazley juga kini sedang berkumandang di stesen-stesen radio tempatan.

Untuk lebih banyak info hiburan dan berita sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!