72236

Dato' Seri Vida Mahu Jadi Penyanyi Seperti Pikotaro. - Suria FM - Segalanya Hiburan
Gambar ihsan Instagram Dato Vida
Gambar ihsan Instagram Dato Vida

Sebut saja nama Dato’ Seri Vida (DSV) pasti ramai orang terbayang wajahnya yang putih melepak dan telatahnya yang mencuit hati.

Tidak dinafikan nama DSV sangat popular sebaris selebriti terkenal tanah air. Wajah DSV juga seringkali menghiasi kaca televisyen sama ada melalui iklan mahupun program TV yang ditaja syarikatnya.

Nampaknya segala strategi yang digunakan DSV memang menjadi. Nama beliau sepantas kilat menjadi bualan ramai.
Terbaru, selepas berjaya sebagai usahawan kosmetik, DSV meluahkan hasrat untuk bergelar penyanyi pula.

whatsapp-image-2017-05-02-at-12-24-51-pm

Kata DSV beliau memasang niat untuk menjadi penyanyi selepas melihat kejayaan penyanyi dari Jepun Pikotaro yang telah viral dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen.

Beliau juga tidak kisah andai vokal beliau dipertikaikan. DSV kini sedang mencari komposer yang mampu menggubah lagu yang sesuai dengan beliau.

Kata DSV lagi, penyanyi dan lagu Pen Pineapple Apple Pen begitu popular diseluruh dunia, dan beliau menginginkan perkara yang sama berlaku kepadanya kerana ianya dilihat mampu membuatkan jenamanya lebih dikenali seluruh dunia.

pikotaro

Haaa macam mana pendapat anda? Anda rasa bolehkah DSV menjadi viral seperti Pikotaro?

Apa-apa pun kami di Suria mendoakan semoga apa jua yang dirancang oleh DSV akan berjaya. Manalah tahu DSV menjadi terkenal di seluruh dunia nanti? Kita tunggu dan lihat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!