88483

Dato’ Seri Vida & Putra Amaris Bercinta? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kebelakangan ini, jelas terpapar kemesraan diantara jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Sri Vida (DSV)  bersama pelakon Putra Amaris di media sosial.

Kemesraan yang dipamerkan itu seolah-olah menunjukkan bahawa mereka berdua sebenarnya mempunyai hubungan ‘istimewa’.

https://www.instagram.com/p/BlfbYFpH1bK/?taken-by=amaris.official

Namun umum mengetahui bahawa Putra Amaris baru sahaja melangsungkan pernikahan awal tahun lalu.

 

Dalam temubual yang dilakukan oleh wartawan Mstar Online, Amaris enggan mengulas mengenai status rumahtangganya apabila ditanya.

Bagi DSV pula beliau meminta supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya apabila ditanya tentang kemesraannya bersama Amaris.

Amaris pula seakan-akan malu untuk menjawab pertanyaan dari wartawan dan berkata nanti akan beri tahu sesuatu.

Wow! Beritahu apa tu? Tak sabar pulak SURIA nak tunggu!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!