88400

Dato’ Sri Aliff Syukri Minta Nur Sajat Bertaubat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jutawan kosmetik terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri telah meminta supaya rakannya yang juga usahawan iaitu Nur Sajat supaya bertaubat.

Menerusi kemaskini terbaru akaun Instagram Dato’ Sri Aliff, beliau telah memuatnaik sebuah video di perkarangan rumah Nur Sajat.

Dalam video itu, Dato’ Sri Aliff yang sedang berjogging singgah sebentar di hadapan rumah Nur Sajat dan telah beristifar selepas melihat Nur Sajat yang berpakaian seksi dan ketat lalu memintanya untuk segera bertaubat.

Kata Sajat pakaian yang dipakainya tidak seksi, tetapi tubuhnya yang munggil membuatkan dirinya kelihatan seksi.

Kata Dato’ Sri Aliff lagi bukan niatnya untuk menjadi ustaz, tetapi sekadar memberi nasihat sebagai sahabat, rakan bisnes dan jiran.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!