85231

Dato' Sri Siti Kongsi Gambar Pertama Bersama Anak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas berkongsi video suara tangisan bayinya semalam, hari ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkongsi gambarnya mengendong puterinya pula.

Dalam kapsyen foto yang dimuatnaik itu Siti mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah serta mendoakannya dengan anaknya.

screen-shot-2018-03-21-at-7-12-59-pm

Jelas Siti lagi, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana beliau dan anaknya berada dalam keadaan yang sihat.

Siti turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.

Tambah Siti lagi, buat masa ini dia hanya dinasihati doktor untuk terus berehat.

Sehingga kini gambar itu telah mendapat lebih dari 250 ribu ‘likes’ dan menerima ribuan komen dari netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepadanya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!