84845

Datuk Adi Putra Rujuk Dengan Bekas Isteri Pertama - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Datuk Adi Putra telah kembali rujuk bersama bekas isteri pertamanya iaitu Aida Yusof.

Adi telah memuatnaik gambar beserta status yang menjelaskan bahawa dia telah kembali rujuk bersama Aida pada 18 Januari 2018.

whatsapp-image-2018-01-19-at-11-05-44-am

Dalam statusnya yang ringkas itu, Adi turut mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir di hari pernikahannya serta buat yang mendoakan kebahagiaan mereka.

whatsapp-image-2018-01-19-at-11-05-44-am-1

Hubungan kedua-dua mereka pernah terlerai pada tahun lalu. Namun percaturan yang maha Esa itu tiada siapa yang dapat menduga apabila cinta mereka kembali bersatu.

Adi dan Aida pernah berkahwin pada April 2006 dan bercerai pada Mac 2017. Adi juga sempat berkahwin buat kali kedua namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Tahniah SURIA ucapkan kepada pasangan ini. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan hingga ke syurga.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!