71963

Datuk Aliff Syukri Menangis Kerana Telah Aibkan Peniaga Kopiah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Usahawan kosmetik yang terkenal iaitu Datuk Aliff Syukri menerima kritikan yang hebat dan beliau juga turut dikecam oleh netizen gara-gara kenyataannya yang seakan-akan mengaibkan seorang peniaga kopiah baru-baru ini.

Menerusi sebuah rancangan yang telah disiarkan di sebuah televisyen swasta, jalan cerita yang terdapat dalam episod itu adalah Datuk Aliff perlu melakukan eksperimen sosial di sekitar ibu negara.

jebat1jebat2

jebat3jebat4

Dalam eksperimen tersebut, ia seolah-olah memaparkan seorang peniaga kopiah yang didakwa berkelakuan sedikit biadap dengan Aliff.

Walau bagaimanapun, peniaga kopiah itu telah tampil dengan menafikan perkara tersebut menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya. 

Apa yang difahamkan, dia seolah dianiaya oleh Datuk Aliff itu apabila realiti sebenar kejadian itu tidak diceritakan oleh Aliff. Tambahnya lagi, kejadian tersebut boleh menjatuhkan maruah serta perniagaannya.

Mengakui dengan kesalahan yang dilakukan olehnya, Aliff memohon maaf kepada peniaga kopiah tersebut secara terbuka di laman Instagram miliknya dalam sebuah entri terbaru.
 

 

Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut. . . Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina. Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya. Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. . . Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Saya amat hargai sokongan moral anda semua. Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem @badangthemovie seharian . . Cc @raqimball @imanmustafa23 @fairilkhalil

A video posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!