72407

Datuk Hattan Tolak Menyanyi Di Sukan Sea Kerana Mahu Tunai Haji - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Datuk Hattan memberitahu bahawa beliau telah menolak untuk membuat persembahan di majlis penutup Sukan Sea 17 nanti kerana mahu menunaikan ibadah haji.

Menurut Datuk Hattan, beliau lebih rela menolak tawaran itu dari terlepas peluang menunaikan haji yang telah lama dinantinya.

16053331225_213df37dc1_b

Saat ditanya adakah beliau tidak menyesal melepaskan tawaran besar seperti itu, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah ini berkata beliau sama sekali tidak menyesal kerana peluang dijemput ke Rumah Allah lebih besar nikmatnya.

 

 

“Saya rasa bersyukur dan berdebar untuk melakukan ibadah haji. Bercakap pasal hal ini juga sudah membuatkan bulu roma saya berdiri.

Sebelum ini saya sudah mengerjakan umrah sebanyak dua kali, kata orang bila sudah sampai kali ketiga, sudah wajib untuk mengerjakan haji”, jelasnya.

hattan

Datuk Hattan akan berangkat ke Tanah Suci pada 24 Ogos nanti bersama seorang lagi penyanyi yang turut serta iaitu Dato Nash.

Terlebih dahulu mereka berdua akan membuat persembahan di 1st World Sama’ Fest pada 28 Julai 2017 di PICC Putrajaya.

banner5a

Suria mendoakan semoga segala urusan ibadah haji Datuk Hattan dipermudahkan dan semoga mendapat ibadah haji yang mabrur.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!