91350

Datuk Kesayangan Neelofa Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Datuk kesayangan kepada selebriti terkenal Neelofa telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam di Kota Bharu kelantan pada usia 83 tahun.

Allahyarham Noor Mohamed yang dipanggil ‘abah’ oleh Neelofa telah meninggal di sebuah hospital kira-kira jam 11 malam semalam.

Neelofa yang sememangnya dikenali sebagai seorang cucu yang rapat dengan datuknya telah menulis ucapan tentang luahan rasa hatinya yang sedih di Instagram.

ata Lofa dalam luahan hatinya itu, hatinya patah dan separauh dari jiwanya turut pergi bersama arwah datuknya itu. Datuknya banyak mengajarnya perkara tentang hidup, kasih sayang, kebaikan dan kekeluargaan.

Dalam status terbaru yang dimuatnaik Lofa di Instagram, beliau menjemput muslimin dan muslimat bersama-sama untuk menunaikan solat jenazah untuk datuknya di Masjid Besar Pasir Mas selepas waktu Zohor.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Berkuburan Lemal Kelantan.

Salam takziah dari SURIA buat Neelofa dan seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!